Popular Posts

Monday, January 17, 2011

AWAS!!!

Awasi Penggunaan Plastik dan Gabus
Plastik dan gabus digunakan sebagai bahan kemasan pembungkusan makanan. Namun begitu kedua-dua produk ini juga mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan tubuh. Salah satu penyakit yang boleh disebabkan oleh kesan sampingan ini ialah kanser. Tanpa memikirkan tentang risikonya terhadap kesihatan, kemasan makanan daripada bahan plastik mahupun styrofoam sudah pasti menjadi pilihan utama kerana ia lebih praktikal, ringan dan boleh digunakan berulang kali. Tetapi kedua-dua jenis bahan ini dihasilkan daripada bahan yang dikenali sebagai dioctyl phthalate (DOP) yang menghasilkan zat benzen, suatu larutan kimia yang tidak boleh dihadamkan oleh sistem pencernaan. Benzen ini juga tidak boleh dikeluarkan melalui najis (kotoran) atau air kencing. Akibatnya, zat ini semakin lama semakin terkumpul dan membentuk lemak. Inilah yang akhirnya menyebabkan berlaku gejala penyakit kanser.
Kajian yang dilakukan mendapati kandungan bahan yang terdapat dalam bekas plastik boleh mencemarkan makanan. Bekas plastik apabila terkena suhu tinggi, pewarna yang digunakan pada bekas plastik tersebut akan meresap ke dalam makanan. Apabila sesuatu makanan yang baru digoreng diletakkan di dalam bekas plastik, suhu minyak yang tinggi akan menghasilkan kolesterol atau lemak tepu yang tinggi. Tambah pula, bekas plastik ini mengandungi DOP serta lozam berat zink yang biasanya digunakan sebagai bahan penstabilan untuk plastik. DOP memang digunakan secara meluas dalam proses menghasilkan plastik. Penggunaan DOP dalam industri PVC mencapai 50 hingga 70 peratus daripada jumlah bahan yang digunakan di dalam polimer untuk menmbahkan fleksibiliti dan daya kestabilannya. Selain efisyen, DOP juga memberikan kelikatan yang stabil pada PVC. Selain daripada itu, penggunaan DOP, khususnya pada pembungkusan makanan dan ubat-ubatan atau barang mainan kank-kanak juga menimbulkan masalah. Kesan penyerapan bahan daripada PVC ke dalam tubuh turut menggugat kesihatan manusia. Stirofom juga masih tergolong sebagai plastik. Ia bersifat reaktif kepada suhu tinggi. Selain itu, bahan asas stirofom bersifat larut lemak dan alkohol. Oleh itu ia tidak sesuai sebagai tempat simpanan susu yang mengandungi lemak tinggi dan kopi yang dicampurkan dengan krim.
Sumber : www.duniaherba.net

AWAS BEG PLASTIK!!!

Bagaimanakah penduduk bumi dapat menghentikan penggunaan beg plastik secara konsensus?
Menurut perangkaan, rakyat Malaysia membuang sumber kitar semula bernilai RM476 juta dua tahun lalu. Selain kertas yang mencatat pengeluaran sisa terbanyak iaitu 17 peratus atau RM205 juta, sumber buangan kedua terbesar ialah plastik iaitu 9 peratus atau RM163 juta. Keadaan yang sama disaksikan di Britain tahun demi tahun apabila berbilion helai plastik dibuang sewenang-wenangnya walaupun baru sekali digunakan. Ingat, untuk setiap lima minit sehelai beg plastik dipakai tetapi mengambil masa 500 tahun untuk mereput. Dalam satu kajian, dirumuskan 36 peratus daripada mereka yang ditemu ramah mengakui membuang beg plastik selepas digunakan sekali. Secara purata, seorang individu menggunakan hampir lapan keping beg plastik seminggu. Bagaimana pula dengan anda? Beg platik yang terbuang biasanya meninggalkan pemandangan kurang enak di atas pokok, jalan raya, taman-taman, tasik sungai dan tempat awam lain. Di samping mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan, ia memudaratkan kesihatan manusia dan hidupan lain termasuklah haiwan dan tumbuhan. Beg plastik yang hanyut ke laut pula turut membunuh kelompok penyu dan haiwan marin kerana menyangkakan ia adalah obor-obor. Pengeluaran, pembuangan dan pereputan beg plastik juga bukan semudah yang disangka. Ia secara langsung menyumbang kepada pembentukan gas rumah hijau yang memberi kesan kepada pemanasan global. Di kebanyakan negara termasuklah Ireland, sehelai beg plastik biasa memaparkan cukai kerajaan yang bernilai 15 sen Euro atau 47 sen. Perkara yang sama dapat dilihat di negara bukan ahli Kesatuan Eropah seperti di Crotia dalam usaha untuk mengawal jumlah penggunaan beg tersebut.
Pasar raya di Perancis mempraktikkan peraturan yang lebih drastik apabila tidak menggunakan beg plastik langsung. Ia hanya menjual beg kitar semula yang berkualiti pada harga yang berpatutan. Pendekatan ini bukan sahaja menjadi insentif untuk memaksa individu menggunakan beg kitar semula bahkan membantu menyelamatkan bumi. Benarkah pengurangan beg plastikdapat membawa perubahan? Pada 30 April 2007, sejarah pemuliharaan alam merekodkan pencapaian yang amat bermakna kepada manusia sejagat. Modbury di Devon, England menjadi bandar pertama di dunia bebas daripada beg plastik di Eropah. Matlamat ini direalisasikan berikutan pendedahan Rebecca Hoskins, seorang jurugambar haiwan liar yang menceritakan semula kesan pencemaran alam ke atas haiwan. Semua peniaga secara bersepakat untuk bertukar kepada kertas kanji jagung, kapas dan kain. Selepas enam bulan, lebih daripada sedozen bandar dan perkampungan lain mengikut amalan yang sama.Jadi mulakan sekarang dengan memeriksa sama ada beg plastik yang anda pegang mempunyai label pensijilan ISO 14001 untuk bahan kitar semula.
Sumber : www.kosmo.com.my